Menu

Notis Privasi

Notis Privasi

Di Liberty Insurance Berhad, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. 

Liberty Insurance hanya akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda menurut undang-undang dan peraturan-peraturan (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Kod Amalan Insurans), Notis Privasi ini dan/atau terma-terma privasi dalam mana-mana perjanjian yang anda telah atau akan masuk dengan Liberty Insurance. 

Notis Privasi ini menerangkan:

  • Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan serta cara kami mengumpul maklumat peribadi tersebut
  • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
  • Pihak-pihak yang kami mendedahkan maklumat peribadi anda kepada
  • Pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskinikan maklumat peribadi anda

Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Notis Privasi ini hanya terpakai kepada individu. 

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

  • "Maklumat peribadi" merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat, pekerjaan, butiran untuk menghubungi anda, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang perlu mengenai diri dan transaksi anda dengan kami, dan termasuk maklumat peribadi sensitif.
  • "Maklumat peribadi sensitif" merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kesihatan, pendapat politik, kepercayaan agama anda dan sebagainya .
  • "Pihak-pihak lain yang dilindungi" merujuk kepada pihak-pihak yang dilindungi bersama anda dan/atau individu-individu lain untuk siapa anda mungkin memperolehi produk atau perkhidmatan kami, contohnya anak-anak atau pekerja-pekerja anda, dari mana anda telah (jika berkenaan) mendapatkan persetujuan mereka untuk mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada Liberty Insurance.
  • "kami" merujuk kepada Liberty Insurance.
  • "anda" merujuk kepada anda dan, jika berkenaan, pihak-pihak lain yang dilindungi anda.

Untuk membolehkan kami mengendali pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan polisi insurans untuk anda dan/atau secara amnya memberikan anda produk dan perkhidmatan insurans kami, ("produk dan perkhidmatan"), kami mungkin perlu dan/atau mungkin diperlukan untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "memproses") maklumat peribadi dan kewangan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada: 

  1. maklumat peribadi untuk mengesahkan identiti dan latar belakang anda;
  2. maklumat peribadi untuk mengesahkan kedudukan kewangan dan kepercayaan kredit anda (jika perlu);
  3. maklumat peribadi untuk memastikan pendapat mengenai kesihatan anda apabila anda ingin memperolehi polisi insurans relevan yang ditawarkan oleh kami; dan/atau
  4. maklumat peribadi yang anda berikan apabila anda memohon sebarang produk atau perkhidmatan kami.

Kami mungkin mendapatkan maklumat ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, apabila menggunakan produk atau perkhidmatan kami, apabila menggunakan perkhidmatan dalam talian dan elektronik kami, apabila mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan dan promosi;
  2. melalui komunikasi anda secara lisan, bertulis dan/atau secara elektronik dengan kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami;
  3. daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan dan/atau pihak-pihak lain yang dilindungi bersama;
  4. dari analisis cara anda mengakses dan menggunakan produk dan perkhidmatan kami, tuntutan-tuntutan yang dibuat anda dan/atau bayaran yang telah dibuat melalui atau untuk polisi insurans anda;
  5. daripada sumber berkenaan yang lain yang anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau ia sebaliknya tidak dihadkan.

Dalam keadaan di mana anda memberi kami maklumat peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka sebelum memberi kami maklumat peribadi mereka, selaras dengan Notis Privasi ini, atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat peribadi tersebut kepada kami dan untuk kami menggunakan maklumat peribadi itu dengan sewajarnya. 

Selain dari yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk satu atau lebih tujuan berikut: 

  1. untuk menilai dan menguruskan permohonan anda untuk produk dan perkhidmatan kami;
  2. untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan/laporan kredit;
  3. untuk mengurus dan mengekalkan polisi insurans anda dengan kami;
  4. untuk menguruskan secara lebih baik perniagaan kami dan perhubungan anda dengan kami;
  5. untuk lebih memahami perlindungan dan keperluan insurans anda yang semasa dan akan datang;
  6. untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran kami atau pihak ketiga kami yang mungkin menarik minat anda;
  7. untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang baru;
  8. untuk memaklumkan anda mengenai kelebihan dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan kami;
  9. untuk mentadbir tawaran, pertandingan dan promosi;
  10. untuk membalas pertanyaan dan aduan anda dan secara amnya untuk menyelesaikan sebarang pertikaian;
  11. untuk mengemas kini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod kami;
  12. untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dianonimkan atau diagregat dengan cara yang tidak mengenalpastikan anda sebagai seorang individu;
  13. untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi /penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda;
  14. untuk memenuhi tata syarat pendedahan sepertimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang mengikat Liberty Insurance;
  15. untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
  16. untuk menilai risiko-risiko kewangan dan insurans;
  17. untuk memindah atau menyerahkan hak, kepentingan dan tanggungjawab kami di bawah apa-apa perjanjian kami dengan anda;
  18. untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan kembali sebarang hutang yang terhutang kepada kami;
  19. untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas;
  20. untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah; dan/atau
  21. untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pengawalselia berkuasa yang berkenaan.

Kami akan meminta kebenaran anda sebelum menggunakan maklumat peribadi anda untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan-tujuan yang terkandung dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam terma-terma privasi yang terkandung dalam mana-mana perjanjian anda dengan kami.

Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda serta pengurusan dan/atau operasinya, kami mungkin diperlukan atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau polisi insurans anda dengan kami kepada pihak-pihak ketiga berikut: 

  1. syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami;
  2. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses, mengurus dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda telah pohon;
  3. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami menyediakan perkhidmatan tambah nilai;
  4. penasihat (termasuk tetapi tidak terhad kepada ejen, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, broker, pihak tengah atau penasihat profesional yang lain);
  5. mana-mana individu yang kami dimaklumkan telah diberikuasa oleh anda untuk memberi arahan kepada kami bagi pihak anda;
  6. mana-mana pihak ketiga akibat dari perubahan struktur polisi insurans yang diberi kepada anda atau penjualan hutang, atau pemerolehan atau jualan apa-apa syarikat oleh Liberty Insurance, asalkan mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya diberikan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
  7. sebarang agensi penarafan, penanggung insurans bersama, broker insurans atau penginsurans semula atau penyedia perlindungan kredit;
  8. sesiapa yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami; dan/atau
  9. pihak berkuasa dan/atau pengawal selia negara asing yang kompeten,

tertakluk pada setiap masa kepada undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang berkenaan dengan Liberty Insurance (sama ada di dalam atau di luar Malaysia). 

Selain daripada yang dinyatakan di atas, kami akan melayan maklumat anda sebagai sulit dan peribadi dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa pun di luar Liberty Insurance kecuali:

  1. di mana anda telah memberikan kebenaran;
  2. di mana anda tidak memilih untuk dikecualikan daripada menerima bahan-bahan pemasaran daripada kami atau mana-mana rakan kongsi perniagaan pihak ketiga kami;
  3. di mana kami diperlukan atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
  4. di mana kami dikehendaki atau dikuasakan untuk berbuat demikian oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Liberty Insurance;
  5. di mana kami mungkin memindahkan hak dan kewajipan di bawah perjanjian kami dengan anda; dan/atau
  6. di mana kami dikehendaki memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak pengawal selia yang berkenaan. 

Kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberi anda maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami atau pihak ketiga kami, yang mungkin menarik minat atau memanfaatkan anda, kecuali diminta sebaliknya oleh anda. 

Dalam keadaan-keadaan tertentu, kami mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada peniaga dan rakan kongsi strategik kami yang terpilih. Namun demikian, sila maklum bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat anda kepada mereka di mana kebenaran terdahulu anda telah diperolehi dan tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang berkenaan dengan kami. 

Kami mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa perjanjian-perjanjian kami dengan peniaga-peniaga atau rakan-rakan kongsi srategik kami mengandungi kewajipan-kewajipan keperibadian dan kesulitan yang sewajarnya. 

Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda berubah fikiran mengenai pilihan anda sebelum ini, sila menghubungi kami pada alamat di hujung Notis Privasi ini. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai. 

Liberty Insurance mengutamakan kepentingan menjamin keselamatan maklumat peribadi anda. Kami sentiasa mengkaji semula dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang terkini apabila memproses maklumat peribadi anda. 

Cawangan-cawangan dan kakitangan Liberty Insurance dilatih untuk mengendalikan maklumat peribadi dengan selamat dan secara sulit yang tegas, dan sekiranya gagal berbuat demikian mereka mungkin boleh dikenakan tindakan disiplin. 

Liberty Insurance akan menyimpan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma-terma dan syarat-syarat perjanjian(-perjanjian) anda dengan Liberty Insurance: 

  1. sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami;
  2. untuk apa-apa tempoh yang mungkin diperlukan untuk melindungi kepentingan Liberty Insurance dan/atau pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dianggap perlu;
  3. sepertimana yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang; dan/atau
  4. sepertimana yang diperlukan oleh polisi-polisi Liberty Insurance yang berkenaan. 

Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Diberi Anda Tidak Lengkap?

Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang permohonan insurans), ia adalah wajib untuk anda memberikan maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Jika anda enggan memberikan maklumat peribadi yang diperlukan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda. 

Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami.  

Jika anda mahu mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh Liberty Insurance, atau jika anda berpendapat bahawa maklumat peribadi tersebut yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkenaan, bukan terkini, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi cawangan-cawangan kami atau mana-mana pengurus perhubungan yang biasa berurusan dengan anda, atau secara alternatif anda boleh membuat permintaan tersebut melalui Borang Pengaksesan Data atau Borang Pembetulan Data. Borang-borang tersebut boleh didapati di Ibu Pejabat, cawangan-cawangan, atau dilampirkan di bawah untuk kemudahan anda. 

Kami akan menggunakan usaha sewajarnya untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam masa 21 hari dari tarikh penerimaan Borang Pengaksesan Data/ Borang Pembetulan Data anda yang lengkap dan fi pemprosesan yang berkenaan (jika ada). 

Sila maklum bahawa Liberty Insurance mungkin tidak dapat membenarkan pengaksesan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang dipohon itu bersifat komersial yang sulit, atau apabila kami menerima permohonan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda tentang sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permohonan anda. 

Sila ambil perhatian bahawa Liberty Insurance mungkin akan menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan pembetulan/ yang dipinta dan/atau mungkin memerlukan dokumen keterangan yang lanjut mengenai maklumat baru tersebut untuk mengelakkan penipuan (fraud) dan ketidaktepatan. 

Anda juga boleh membantu kami untuk menyimpan maklumat peribadi anda (seperti alamat surat menyurat semasa anda) secara terkini kerana ia membolehkan kami untuk melayan anda dengan lebih baik. 

Permintaan Untuk Tidak Menerima Risalah Pemasaran

Kami di Liberty Insurance komited untuk memastikan agar permintaan daripada pihak anda untuk tidak menerima bahan pemasaran melalui e-mel, mesej teks atau panggilan telefon dipatuhi.

Sila lengkapkan borang yang dilampirkan di bawah dan senaraikan nombor telefon berserta alamat e-mel anda yang anda ingin menarik diri daripada menerima sebarang risalah pemasaran.

Borang yang lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada callcentre@libertyinsurance.com.my atau terus kepada mana-mana pejabat cawangan Liberty Insurance.

Sekiranya anda menukar fikiran dan mahu menerima risalah pemasaran sekali lagi, sila hantar permintaan yang bertulis kepada callcentre@libertyinsurance.com.my dan Pegawai Khidmat Pelanggan kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan permintaan anda. Semua permintaan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.

Pindaan kepada Notis Privasi

Notis Privasi ini mungkin akan dipinda dari masa ke semasa. Makluman mengenai apa-apa pindaan akan dipaparkan atas laman web Liberty Insurance dan/atau saluran komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Liberty Insurance. 

Pertanyaan / Aduan / Perhubungan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kekhuatiran atau aduan mengenai Notis Privasi ini, sila hubungi kami pada waktu pejabat (antara jam 9.00 am hingga 5.00 pm, Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum) di pusat perhubungan berikut:

Jawatan: Pengurus, Pengalaman Pelanggan

Telefon: 03-2619-9000 atau 1-800-888-990

No Faks: 03-2693-2893

E-mel: callcentre@libertyinsurance.com.my

Alamat: Customer Care, Liberty Insurance Berhad, Ground Floor, Menara Liberty

1008 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Versi semasa Notis Privasi ini boleh didapati atas laman web kami di: www.libertyinsurance.com.my

Hotline 1 300 888 990